Polisi Privasi

Polisi Privasi

Tarikh kemas kini: 17 September 2026

Saudagar Legasi Sdn Bhd (“kami”) menghormati privasi pelanggan Saudagar Printing Malaysia. Polisi ini menerangkan maklumat yang dikumpulkan apabila anda melayari saudagar2u.com, membuat pertanyaan, membuka akaun atau membuat pesanan.

Maklumat yang dikumpulkan

Kami boleh mengumpulkan nama, nombor telefon, e-mel, alamat bil dan penghantaran, maklumat syarikat, butiran pesanan, artwork serta rekod komunikasi berkaitan tempahan. Maklumat pembayaran dalam talian diproses oleh penyedia pembayaran yang dipilih; kami tidak menyimpan nombor kad penuh.

Tujuan penggunaan

  • Menyediakan sebutharga, invoice dan pesanan.
  • Menghasilkan serta menghantar produk.
  • Memberi sokongan pelanggan dan kemas kini status.
  • Meningkatkan keselamatan, prestasi dan pengalaman website.
  • Mematuhi kewajipan perniagaan dan undang-undang.

Perkongsian maklumat

Maklumat hanya dikongsi dengan penyedia yang diperlukan untuk operasi seperti hosting, pembayaran, penghantaran, analitik dan sokongan IT, tertakluk kepada fungsi masing-masing.

Cookies dan analitik

Website mungkin menggunakan cookies untuk cart, checkout, keselamatan dan analitik. Anda boleh mengawal cookies melalui tetapan pelayar, tetapi sesetengah fungsi kedai mungkin terjejas.

Hubungi kami

Untuk pertanyaan privasi, hubungi Saudagar Legasi Sdn Bhd di No. 5, Jalan Perdana 10/3, Pandan Perdana, 55300 Kuala Lumpur.

Scroll to Top
✦Katalog Design PercumaPilih design & warnaMinta SebuthargaWhatsApp sales