OEM PAKAIAN • BRAND SENDIRI

Kilang Baju Jenama Sendiri Malaysia

Bangunkan koleksi pakaian di bawah jenama anda dengan minimum tempahan 10 helai dan pilihan pembangunan sampel berbayar. Saudagar mengurus design, material, ukuran, potongan, jahitan, printing atau sulaman hingga produk siap—tanpa perlu menyelaras ramai vendor.

Tukang jahit menghasilkan tempahan pukal di kilang Saudagar Printing Malaysia
16+

TAHUN OPERASI

KL + KUANTAN

LOKASI OPERASI

6

SERVIS IN-HOUSE

DESIGN

SOKONGAN PERCUMA

UNTUK FOUNDER, AGEN & PEMILIK JENAMA

DARI IDEA KEPADA PRODUK YANG BOLEH DIJUAL.

Sesuai untuk founder baharu, butik, organisasi, penganjur acara dan kedai printing yang mahu mengeluarkan pakaian menggunakan identiti sendiri. Saudagar juga menawarkan konsultasi kepada founder serta bantuan penambahbaikan produk. Koleksi yang boleh dibincangkan termasuk baju Melayu, kurta, baju kurung, kebaya, seluar dan cardigan. Spesifikasi pelanggan, ukuran serta kerahsiaan job dikendalikan sebagai dokumen kerja produksi.

Kurta & Baju Melayu

Baju Melayu dan kurta boleh dibangunkan melalui sampel berbayar sebelum pelanggan meluluskan kualiti serta spesifikasi untuk tempahan seterusnya.

Baju Kurung & Muslimah

Baju kurung, kebaya dan pakaian muslimah untuk koleksi jenama sendiri berdasarkan sampel, size chart atau brief lengkap pelanggan.

T-Shirt & Polo

Cotton, microfibre dan pilihan teknik cetakan mengikut kuantiti serta sasaran pasaran.

Kemeja & Uniform

Koleksi korporat atau workwear dengan logo, sulaman, poket dan spesifikasi penggunaan.

Jersi Sublimation

Design penuh warna, pilihan saiz dan pengeluaran sesuai untuk sukan, pasukan atau acara.

Label & Pembungkusan

Keperluan label atau pembungkusan boleh dibincangkan berdasarkan skop produk dan kuantiti.

APA YANG PERLU DISEDIAKAN

BRIEF YANG BAIK, PRODUK YANG LEBIH TEPAT.

Untuk mendapatkan anggaran yang tepat, sediakan:

  • Jenis pakaian dan sasaran penggunaan
  • Anggaran kuantiti setiap design
  • Saiz atau size chart
  • Jenis fabrik atau bajet sasaran
  • Logo, artwork atau rujukan design
  • Tarikh produk perlu siap
  • Keperluan label, tag atau pembungkusan

Jika spesifikasi belum lengkap, pasukan kami boleh membantu menyusun pilihan asas sebelum sebutharga dibuat. Nyatakan jumlah setiap design dan pecahan saiz supaya pilihan produksi lebih mudah disemak.

Untuk merancang tempahan, baca panduan bajet baju custom dan panduan jahitan pukal dari sampel hingga siap.

KENAPA SATU PRODUKSI IN-HOUSE?

Kurang risiko komunikasi
Design, potongan, jahitan dan cetakan diselaraskan dalam satu aliran kerja.

Spesifikasi lebih mudah dikawal
Job sheet digunakan sebagai rujukan pasukan produksi.

Kerahsiaan jenama dijaga
Privasi setiap job dijaga. Maklumat pelanggan, ukuran, design dan hasil job tidak dipaparkan di mana-mana media sosial.

Mudah untuk repeat order
Rujukan terdahulu membantu proses semakan bagi tempahan ulangan.

PROSES TEMPAHAN OEM PAKAIAN

PROSES TEMPAHAN BAJU JENAMA SENDIRI

01 — Brief produk: tentukan jenis pakaian, pasaran, kuantiti dan bajet.
02 — Material & design: semak fabrik, warna, artwork dan detail produk.
03 — Spesifikasi: sahkan ukuran, size chart, logo dan job sheet.
04 — Produksi: potong, jahit, cetak atau sulam serta pemeriksaan.
05 — Serahan: produk disusun untuk pickup atau penghantaran seperti dipersetujui.

FAQ KILANG BAJU JENAMA SENDIRI

Boleh mula jika saya hanya ada idea?

Boleh. Berikan jenis produk, sasaran pelanggan, kuantiti dan bajet. Pasukan kami akan membantu menyusun pilihan design serta material untuk perbincangan.

Adakah ukuran dan design jenama dirahsiakan?

Ya. Setiap job dijaga privasinya. Spesifikasi, ukuran dan maklumat pelanggan digunakan untuk urusan tempahan serta produksi; job pelanggan tidak dipaparkan di mana-mana media sosial.

Berapakah minimum order?

Minimum tempahan ialah 10 helai. Hantar jenis pakaian, kuantiti, pecahan saiz dan design untuk sebutharga mengikut spesifikasi produk anda.

Boleh buat sample dahulu?

Ya. Saudagar menawarkan pembangunan produk dan sampel berbayar, termasuk baju Melayu dan kurta. Caj ditentukan mengikut produk serta skop pembangunan. Selepas pelanggan meluluskan sampel dan kualitinya, tempahan boleh diteruskan ke langkah seterusnya.

Adakah anda menerima sub-job daripada kedai printing?

Ya, sub-job boleh dibincangkan. Maklumat pelanggan dan spesifikasi kerja dikendalikan sebagai maklumat tempahan.

JADIKAN IDEA ANDA PRODUK BERJENAMA.

Hantar brief, kuantiti, bajet dan tarikh diperlukan. Saudagar menitikberatkan jadual penghantaran dan harga yang kompetitif. Kami berusaha menyesuaikan pilihan produk dengan bajet, kuantiti dan tarikh pelanggan. Spesifikasi, harga serta jadual dibincangkan untuk mencapai persetujuan yang memuaskan kedua-dua pihak.

Scroll to Top
✦Katalog Design PercumaPilih design & warnaMinta SebuthargaWhatsApp sales