PANDUAN PRODUKSI SILKSCREEN
SILKSCREEN 5 WARNA: BAGAIMANA IA DIHASILKAN DI KILANG?
Di sebalik cetakan yang kemas terdapat proses pecahan warna, penyediaan screen, pendaftaran posisi dan kawalan setiap lapisan dakwat.
TONTON PROSES SILKSCREEN 5 WARNA
Video sebenar produksi membantu anda melihat bagaimana setiap warna dicetak dan diselaraskan satu demi satu.
APA ITU SILKSCREEN 5 WARNA?
Silkscreen 5 warna menggunakan lima lapisan warna berasingan. Setiap warna memerlukan screen tersendiri dan perlu berada pada posisi yang tepat supaya imej akhir kelihatan kemas.
Teknik ini sesuai untuk tempahan pukal kerana hasilnya padat, tahan lama dan konsisten apabila persediaan dibuat dengan betul.
PROSES DARI ARTWORK HINGGA SIAP
- Semakan artwork: Design diperiksa dari segi saiz, warna dan kesesuaian material.
- Pecahan warna: Setiap warna dalam design dipisahkan untuk menghasilkan filem berasingan.
- Penyediaan screen: Screen disalut, didedahkan dan dicuci sehingga imej terbentuk.
- Registration: Kedudukan setiap screen diselaraskan supaya lima warna bertemu dengan tepat.
- Cetakan lapisan demi lapisan: Dakwat dicetak mengikut urutan warna yang dirancang.
- Curing: Cetakan melalui proses haba untuk mengikat dakwat pada fabrik.
- Pemeriksaan kualiti: Posisi, warna, kekemasan dan ketahanan diperiksa sebelum pembungkusan.
KENAPA SILKSCREEN SESUAI UNTUK TEMPAHAN PUKAL?
TAHAN LAMA
Lapisan dakwat yang sesuai memberi hasil kukuh untuk pemakaian berulang.
WARNA PADAT
Sesuai untuk logo, typography dan artwork dengan warna solid.
LEBIH EKONOMI
Kos per unit menjadi lebih menarik apabila kuantiti tempahan meningkat.
SESUAI UNTUK PRODUK APA?
Silkscreen boleh digunakan pada T-shirt cotton, microfibre, pakaian acara, uniform, merchandise, beg dan material terpilih. Kilang Saudagar mampu mengurus cetakan antara 1 hingga 12 warna, bergantung pada design dan spesifikasi tempahan.
MAKLUMAT YANG SALES PERLUKAN
- Kuantiti dan tarikh diperlukan
- Jenis baju atau material
- Saiz dan lokasi cetakan
- Jumlah warna
- Artwork atau contoh design
Maklumat ini membantu pasukan kami mencadangkan teknik, tempoh produksi dan sebutharga yang lebih tepat.
NAK HASIL SILKSCREEN YANG KEMAS UNTUK PESANAN ANDA?
Hantar design, kuantiti dan tarikh diperlukan. Sales kami akan semak spesifikasi bersama pasukan produksi.