Sticker merupakan salah satu alat pemasaran yang bukan sahaja efektif kepada perniagaan kecil mahupun besar. Dengan perkembangan perniagaan atas talian yang semakin mendapat tempat, permintaan terhadap sticker juga turut meningkat. Jika anda juga berminat untuk menempah sticker, berikut merupakan beberapa jenis sticker yang perlu anda tahu.

4 jenis Stiker yang anda perlu tahu
  


Yang pertama ialah sticker vynil. Ia diperbuat daripada vynil atau bahan plastik. Sticker jenis ini tahan lasak. Ia tahan air dan juga cuaca. Tetapi kelemahannya, ia tidak dapat dicetak dengan printer inkjet. Anda memerlukan printer laser jika ingin mencetak sticker jenis ini. Sticker vynil juga nampak lebih menarik kerana mempunyai permukaan yang lebih glossy berbanding sticker dari jenis lain.
Seterusnya pula adalah sticker HVS. Sticker jenis ini diperbuat daripada kertas. Jadi tentulah ia tidak tahan lasak kerana mudah mengelupas. Sticker HVS ataupun sticker label kertas ini sangat sesuai digunakan untuk memberi keterangan tentang produk anda contohnya seperti tarikh luput produk. Disebabkan ia diperbuat daripada kertas, anda boleh sahaja menulis sesuatu ke atas sticker tersebut dengan menggunakan pen. Ia selalunya digunakan sebagai label produk, souvenier, gift dan sebagainya.
Satu lagi sticker yang popular ialah sticker transparent. Ia diperbuat daripada bahan plastik transparent. Jadi anda masih dapat melihat apa yang ada disebalik sticker tersebut. Sticker jenis ini agak tahan lasak kerana diperbuat daripada bahan plastik lalu menjadikannya kalis air. Sticker jenis ini digunakan secara meluas pada souvenier, kaca, cermin kenderaan dan lain-lain lagi.
Yang keempat pula adalah jenis cromo. Sticker ini diperbuat daripada kertas tetapi dilapisi permukaan yang sedikit glossy. Jadi ia lebih kalis air berbanding dengan sticker HVS. Ia banyak digunakan untuk label produk, gift dan sebagainya.